Wednesday, December 1, 2010

:)

Assalamualaikum..
sedikit peringatan untuk tatapan bersama..
HARI kiamat pasti datang dan kita wajib mempercayainya. Kita umat Islam harus saling ingat
mengingati petanda kedatangan hari pembalasan itu, yang masanya hanya diketahui dan
ditetapkan Allah.
Dalam satu hadis, Rasulullah saw yang diriwayatkan Anas, bermaksud: sesetengah tanda hari
kiamat ialah ilmu diangkat, berlaku kebodohan, perbuatan zina tersebar meluas, arak diminum
berleluasa dengan rasa bangga, ramai lelaki meninggal dunia, jumlah bayi lelaki yang dilahirkan
sedikit berbanding perempuan, jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki sehingga pada
sesetengah tempat, ada 50 wanita untuk seorang lelaki.
Ketika itu juga, akan berlaku peristiwa yang tidak pernah terfikir oleh manusia seperti langit
terbelah, bintang jatuh berselerakan, lautan meluap dan semua kubur terbongkar.
Pada saat itu juga, matahari akan digulung, bintang berjatuhan, gunung-ganang hancur
bertaburan, unta bunting tidak dipedulikan, binatang liar dikumpulkan, catatan amal manusia
dibuka dan semua bayi yang dikuburkan hidup-hidup bertanya kenapa mereka dibunuh.
Manusia juga akan huru-hara ketakutan dan ragu-ragu, hingga berbisik dalam hati ke mana
mereka hendak lari, sedangkan ketika itu, tiada lagi tempat berlindung dan cuaca panas begitu
terik sekali. Ketika itu, manusia bagaikan anai-anai bertebaran dan gunung-ganang bagaikan
bulu bertaburan.
Selepas itu, berlaku satu lagi kejadian lebih dahsyat seperti yang difirmankan Allah dalam surah
al-Muzzammil, ayat 14, yang bermaksud: Bumi dan gunung-ganang bergoncang dan jadilah
gunung-gunung itu tompokan pasir berterbangan.
Firman Allah lagi yang bermaksud: Hari manusia pada ketika itu tersangat takut dan
pandangannya tunduk.(Surah az-Zumar, ayat 67).
 
semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan kasih sayangNYA..insyaALLAH

No comments:

Post a Comment